RM27
10 ahli Geng Topeng ditahan, polis selesaikan 53 kes
10 ahli Geng Topeng ditahan, polis selesaikan 53 kes
SHAH ALAM 19 Nov. - Polis Selangor berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 53 kes samun dengan tertangkapnya 10 ahli Geng Topeng dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur semalam.Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dalam serbuan itu polis turut merampas semula barangan yang dicuri kumpulan itu dianggarkan bernilai lebih RM100,000.
Menurut beliau, polis turut merampas tujuh buah kenderaan mewah dipercayai digunakan oleh suspek ketika melakukan jenayah samun berkenaan.
Suspek warga tempatan itu ditahan reman sehingga 25 November depan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131119/je_13/10-ahli-Geng-Topeng-ditahan-polis-selesaikan-53-kes#ixzz2l5fOtn3s
© Utusan Melayu (M) Bhd
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131119/je_13/10-ahli-Geng-Topeng-ditahan-polis-selesaikan-53-kes
Dimasukkan Oleh : Idrawaty Bte Mohamad Najib BA12110118
Jenayah Rogol Kanak-kanak
SALAH satu kategori penderaan terhadap kanak-kanak ditakrifkan oleh seksyen 17(1)(a) dan (b) Akta Kanak-kanak 2001 .
Takrifan penderaan berdasarkan seksyen tersebut yang pertama ialah kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinan akan dicederakan dari segi fizikal atau emosi atau dianiayai dari segi seks oleh ibu atau bapa atau penjaganya atau seseorang anggota keluarga.
Takrifan kedua ialah kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinan akan dicederakan dari segi fizikal, emosi atau seks dan ibu, bapa atau penjaganya tahu tentang kecederaan atau penganiayaan atau kemungkinan sedemikian, tetapi tidak melindungi atau tidak mungkin akan melindungi kanak-kanak itu.
Namun penderaan seksual di bawah Akta Kanak-kanak hanya menjuruskan kepada eksploitasi seks seperti yang diperuntukan oleh S17(2)(c).
Akta ini tidak memasukkan peruntukan rogol kerana ia dimasukan dalam Kanun Keseksaan. Berdasarkan Seksyen 375 Kanun Keseksaan rogol berlaku apabila seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang perempuan di bawah keadaan berikut:
a. Tanpa persetujuannya;
b. Tanpa kebenarannya;
c. Dengan persetujuan tetapi diberikan kerana wanita itu takut akan keselamatannya atau kerana salah tafsiran dan lelaki itu tahu persetujuan diberi secara demikian.
d. Dengan persetujuannya kerana wanita itu percaya bahawa lelaki itu suaminya dan lelaki itu tahu dia bukan suami yang sah;
e. Dengan atau tanpa persetujuan wanita bawah umur 16 tahun.
Bagi kepentingan perbincangan ini ialah pada perenggan 'e' dengan atau tanpa persetujuan wanita yang berumur di bawah 16 tahun.
Ini bermakna mengadakan hubungan seks dengan gadis di bawah umur 16 tahun adalah satu kesalahan rogol dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Isu persetujuan tidak timbul kerana undang-undang mengambil teori asas bahawa kanak-kanak terlalu muda untuk memahami makna persetujuan dan tidak sesuai mengadakan hubungan seks terutama pada usia yang terlalu muda. Apatah lagi dilakukan secara paksa dan haram pula iaitu sebelum bernikah.
Sebelum ini saya membincangkan sumbang mahram yang sememangnya diharamkan oleh Islam kerana hubungan akrab antara pelaku tanpa mengira persetujuan.
Jadi dalam kes rogol kanak-kanak ini (kerana kanak-kanak di bawah 18 tahun) maka persetujuan juga tidak relevan. Pelaku juga tidak dapat dimaafkan hanya kerana dia tidak tahu gadis itu bawah 16 tahun.
Tetapi peruntukan ini tidak terpakai jika lelaki dan wanita di bawah 16 tahun itu telah berkahwin secara sah.
Oleh yang demikian, peruntukkan ini secara langsung tidak terpakai kepada orang Islam yang mana di bawah peruntukan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, umur untuk berkahwin ialah 18 tahun bagi lelaki dan 16 bagi perempuan.
Jika pasangan ingin berkahwin di bawah umur yang telah ditetapkan oleh enakmen, maka mereka perlu memohon kepada Hakim Syarie. Biasanya permohonan dibuat oleh wali dan mahkamah akan mempertimbangkan kesesuaian perkahwinan yang dicadangkan.
Apabila mahkamah bersetuju maka akan mengeluarkan perintah kebenaran untuk bernikah.
Jadi, jika seorang lelaki misalnya berumur 25 tahun berkahwin dengan seorang wanita berumur 15 tahun dengan kebenaran Hakim Syarie, maka selepas akad nikah mereka mengadakan hubungan seks maka itu bukan rogol.
Kebanyakan kes permohonan untuk berkahwin di bawah umur adalah kerana pasangan telah terlanjur dan anak gadis telah mengandung. Pernikahan itu sebagai jalan penyelesaian menutup malu ibu bapa.
Kebanyakannya anak gadis berumur antara 14-16 tahun dan lelaki pula berumur di atas 18 tahun.
Jika ini berlaku, sebenarnya, laporan polis perlu dibuat. Manakala lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur ini perlu didakwa di bawah peruntukan Kanun Keseksaan seksyen 375(e).
Namun, dalam kebanyakan kes tiada sebarang tindakan diambil kerana tiada aduan dan kedua-dua belah pihak mengambil keputusan untuk menikahkan pasangan yang terlibat.
Sebenarnya Seksyen 375(e) tidak mengira sama ada pasangan berkahwin atau tidak. Jika seseorang lelaki itu mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis di bawah umur 16 tahun dia tetak akan dikira merogol walaupun selepas itu mereka berkahwin.
Namun hari ini, kesukarannya ialah walaupun perbuatan itu dianggap rogol di bawah undang-undang sivil, tetapi jika tiada aduan, dan kedua-duanya serta keluarga pula bersetuju untuk menikahkan pasangan maka tindakan tidak boleh diambil.
Ada beberapa kes di mana ibu bapa gadis sangat marah dan malu dengan perbuatan anak perempuannya dan terus membuat laporan polis.
Biasanya gadis itu mengaku bahawa perhubungan tersebut dibuat dengan kerelaan.
Polis perlu mengambil tindakan dan pasangan lelakinya ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah kerana mereka belum bernikah dan ibu bapa gadis tidak bersetuju untuk menikahkan anaknya dengan kekasihnya itu.
Bagi saya hubungan seks dengan gadis bawah umur jika dilakukan sebelum bernikah adalah zina dan hukumnya berdosa.
Ibu bapa perlu duduk sejenak berfikir kenapa ia berlaku dan cuba mencari jawapan untuk menghalang daripada berlaku.
Tiada gunanya mereka menyalahkan sebelah pihak dengan tuduhan rogol jika anak perempuan itu sendiri yang menyerahkan dirinya.
Saya sempat berbual dengan seorang kanak-kanak lelaki berumur bawah 18 tahun di Sekolah Henry Gurney atas kesalahan melakukan hubungan seks dengan rakan sekolahnya yang berumur di bawah 16 tahun.
Soalan yang ditanya kepada saya: "Kenapa saya sahaja yang perlu menjalani hukuman dan bukan kekasih saya? Kenapa dia (perempuan) boleh duduk di luar dan tidak dipenjara. Sedangkan apa yang kami lakukan adalah suka sama suka?"
Saya terkedu dan terus menjawab: "Di sisi Allah dia tetap berdosa kerana zina itu adalah antara dosa besar."
Anak muda berumur 17 tahun itu diam. Bila saya tanya tahukah dia bahawa mengadakan hubungan seks tanpa nikah itu dosa, dia mengangguk sambil mengakui ia adalah dosa.
Apabila ditanya mengapa masih melakukan dosa walaupun mengetahui? Akuinya, itu adalah runtunan nafsu dan bisikan syaitan.
Gejala sosial dalam kalangan remaja hari ini sangat membimbangkan dan mereka tidak mampu melawan hasutan syaitan dan kebanyakan pasangan remaja yang terlanjur, melakukan hubungan seks kerana rasa ingin tahu atau secara suka-suka.
http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130731/ke_02/Jenayah-rogol-kanak-kanak
BADARIA BAHAR
KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA – ISU KAD PENGENALAN PALSU
29 October 2013
Kenyataan Media/Akhbar
Kes pemalsuan Mykad melibatkan kesan “tampered” pada “based card” Mykad adalah melibatkan tindakan menukar gambar, nombor pengenalan, nama dan alamat pada kad pemilik asal.
Mykad secara fizikal dan cip tidak boleh diklon kerana ianya bermutu tinggi. Sehingga kini tidak ada kes Mykad yang diklon dirampas oleh JPNM.
Sejak tahun 2010 sebanyak 804 operasi telah dijalankan dan melibatkan sebanyak 818 kes pendakwaan yang melibatkan pemalsuan Kad Pengenalan. Semua pesalah telah dijatuhkan di antara 2 sehingga 24 bulan penjara serta denda di antara RM3,000 hingga RM10,000.
JPNM telah mengambil pendekatan yang proaktif untuk menguatkuasakan undang-undang di bawah Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan 2007) untuk membanteras aktiviti pemalsuan Mykad.
Berkuatkuasa hari ini, JPN akan melaksanakan Operasi Semak Kad Pengenalan Pengawal Keselamatan keatas semua pengawal keselamatan yang berkhidmat di premis-premis yang menggunakan perkhidmatan pengawal keselamatan.
JPN mohon kerjasama semua majikan untuk lebih teliti dan membuat semakan ke atas kad pengenalan pekerja yang diambil berkerja bagi mengelak penggunaan kad pengenalan palsu.
Kesemua kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Peraturan – peraturan adalah merupakan kesalahan jenayah dan boleh tangkap di mana apabila sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama tidak melebihi 3 tahun atau denda RM20,000.00 atau kedua – duanya sekali.
BADARIA BAHAR
Polis tahan 13 warga Filipina guna MyKad palsu dalam serbuan di Miri
MIRI: Polis menahan 13 warga Filipina, termasuk enam wanita selepas memasuki negara ini secara haram menggunakan MyKad palsu dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Pujut 2, di sini kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, turut ditahan sepasang suami isteri, selain seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari Semenanjung dipercayai anggota sindiket pemalsuan MyKad.
Difahamkan, kegiatan itu sudah berlanjutan sejak beberapa bulan lalu dengan menjadikan rumah sewa itu sebagai transit atau tempat persembunyian warga asing berkenaan sementara menunggu semua urusan membuat kad pengenalan palsu selesai.
Sumber memberitahu BH, hasil siasatan mendapati kesemua warga asing berusia 30-an dan 40-an itu 30 tahun dipercayai masuk ke bandar raya ini sejak beberapa hari lalu melalui Sabah.
Katanya, selain menahan suspek, beberapa peralatan membuat kad pengenalan palsu turut dirampas antaranya termasuklah pelbagai jenis cop jabatan kerajaan, ketua kampung dan sekolah serta komputer.
“Hasil pemeriksaan turut menemui sebanyak 38 keping salinan sijil lahir berserta borang dan gambar pemohon, manakala 69 keping sijil kelahiran yang sudah diperakui JPN, resit serta wang tunai lebih RM3,000 dirampas.
“Siasatan awal mendapati tiga individu yang juga warga tempatan berusia 43 hingga 57 tahun itu mengenakan kadar bayaran sehingga RM500 untuk setiap permohonan membuat kad pengenalan palsu termasuk sijil kelahiran,” katanya.
Katanya, berdasarkan keterangan yang direkodkan, kesemua warga asing terbabit memperoleh MyKad palsu berkenaan sejurus memasuki negara, malah turut mengakui mudah mendapatkannya dengan bantuan sindiket.
"Usaha sedang dijalankan bagi memburu saki baki anggota sindiket. Polis tidak menolak kemungkinan ada ramai pegawai dan anggota JPN terbabit dalam kegiatan itu.
"Selain Filipina, sindiket terbabit turut mensasarkan warga Indonesia yang cuba memasuki negeri ini secara haram untuk mendapatkan pekerjaan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu dan siasatan masih dijalankan.
Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, turut ditahan sepasang suami isteri, selain seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari Semenanjung dipercayai anggota sindiket pemalsuan MyKad.
Sumber memberitahu BH, hasil siasatan mendapati kesemua warga asing berusia 30-an dan 40-an itu 30 tahun dipercayai masuk ke bandar raya ini sejak beberapa hari lalu melalui Sabah.
Katanya, selain menahan suspek, beberapa peralatan membuat kad pengenalan palsu turut dirampas antaranya termasuklah pelbagai jenis cop jabatan kerajaan, ketua kampung dan sekolah serta komputer.
“Hasil pemeriksaan turut menemui sebanyak 38 keping salinan sijil lahir berserta borang dan gambar pemohon, manakala 69 keping sijil kelahiran yang sudah diperakui JPN, resit serta wang tunai lebih RM3,000 dirampas.
“Siasatan awal mendapati tiga individu yang juga warga tempatan berusia 43 hingga 57 tahun itu mengenakan kadar bayaran sehingga RM500 untuk setiap permohonan membuat kad pengenalan palsu termasuk sijil kelahiran,” katanya.
Katanya, berdasarkan keterangan yang direkodkan, kesemua warga asing terbabit memperoleh MyKad palsu berkenaan sejurus memasuki negara, malah turut mengakui mudah mendapatkannya dengan bantuan sindiket.
"Usaha sedang dijalankan bagi memburu saki baki anggota sindiket. Polis tidak menolak kemungkinan ada ramai pegawai dan anggota JPN terbabit dalam kegiatan itu.
"Selain Filipina, sindiket terbabit turut mensasarkan warga Indonesia yang cuba memasuki negeri ini secara haram untuk mendapatkan pekerjaan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu dan siasatan masih dijalankan.
dimasukkan oleh SITI NURSYAZWANI BT ZAINAL ABIDIN
BA 12110477
ARKIB : 27/10/2013
Beli kad pengenalan palsu RM200
Oleh AZRAI MOHAMMAD
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pengawal keselamatan warga asing yang kini diburu selepas menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya Rabu lalu dikatakan membeli kad pengenalan palsu dengan hanya ratusan ringgit sahaja.pengarang@utusan.com.my
Kad pengenalan itu dibeli dengan harga antara RM200 hingga RM600 sekali gus membolehkan suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan selama setahun dan bertugas di beberapa buah bank di sekitar Lembah Klang.
Malah suspek menggunakan kad pengenalan palsu tersebut untuk melakukan jenayah termasuk perbuatan kejam menembak mati Allahyarham Norazita Abu Talib, 37, dari jarak dekat menggunakan senjata pump gun, Rabu lalu.
Bagaimanapun menurut sumber, identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza dan mengikut kad pengenalan itu berasal dari Tawau, Sabah belum diketahui.
"Sejauh mana pembabitan suspek yang disifatkan penjenayah berbahaya ini masih disiasat pihak polis. Cuma kita yakin dia mendapat kad pengenalan palsu yang dibeli hanya ratusan ringgit.
"Identiti sebenar suspek juga kita sedang siasat. Jika kad pengenalan palsu itu menggunakan nama Ardi Hamza, mungkin nama sebenarnya lain," kata sumber itu kepada Mingguan Malaysia namun enggan mendedahkan butiran lanjut di mana suspek membeli kad pengenalan palsu itu.
Dalam kejadian pukul 6.18 petang Rabu lalu, Norazita maut ditembak di muka sejurus selepas membuka sebuah peti besi berisi wang dan suspek melarikan wang berjumlah RM450,000.
Susulan kejadian itu, polis menahan dua pengawal keselamatan dan isteri suspek, kesemuanya warga Indonesia yang dipercayai bersubahat dengan penjenayah kejam itu semalam.
Sementara itu, carian Mingguan Malaysia di laman myeg.com.my mendapati pengguna kad pengenalan bernombor 770818-12-6721 menggunakan nama Ardi Hamza mempunyai tiga rekod kesalahan jalan raya sejak Mei 2005 sehingga Jun tahun lalu.
Antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak mempunyai lesen memandu, menggunakan lesen memandu yang tamat tempoh dan tiada insurans kenderaan.
Semua kesalahan itu dikesan dilakukan di Petaling Jaya, Klang dan Subang Jaya menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran BKE 5506.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131027/je_01/Beli-kad-pengenalan-palsu-RM200#ixzz2l4DNl7nA
© Utusan Melayu (M) Bhd
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131027/je_01/Beli-kad-pengenalan-palsu-RM200
dimasukkan oleh NOOR AZLIAH BINTI AWANG BA12160602
Nafi kerajaan negeri, Pusat terbabit Projek IC
Nafi kerajaan negeri, Pusat terbabit Projek IC
9 September 2013
KOTA KINABALU - Bekas setiausaha sulit kepada bekas Ketua Menteri Sabah memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah hari ini bahawa kerajaan Pusat dan kerajaan negeri itu tidak terbabit dalam 'Projek IC'.
Datuk Yahya Lampong, setiausaha sulit kepada Tan Sri Harris Salleh dari tahun 1978 hingga 1979 berkata, sebaliknya terdapat individu yang mengambil kesempatan dalam projek itu bagi meraih keuntungan.
"Ya semua orang tahu bahawa ada orang mengambil kesempatan untuk memperniagakan kad pengenalan ini kepada pendatang asing," kata saksi ke-203 itu ketika menjawab soalan pegawai pengendali Datuk Azmi Arifin.
Yahya, yang juga bekas timbalan menteri Persekutuan, dalam keterangannya turut menafikan penglibatannya dalam 'Projek IC' dan memperolehi keuntungan daripada projek itu.
Katanya, sepanjang perkhidmatannya dengan kerajaan negeri itu beliau tidak tahu mengenai 'Projek IC' itu tetapi hanya mengetahuinya selepas digembar-gembur dalam akhbar dan juga selepas penubuhan RCI tahun lepas.
Yahya juga menafikan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri pada ketika itu Tan Sri Megat Junid Megat Ayub terbabit dalam 'Projek IC' kepada pendatang asing.
"Saya tidak percaya Megat Junid terlibat dalam 'Projek IC'. Dia seorang yang "gentleman". Itu dakwaan sahaja. Kenapa bila orang sudah meninggal baru cakap?. Dakwaan itu tidak mempunyai asas," katanya.
Yahya juga menafikan beliau ada berjumpa Megat Junid sekitar 1986 di Kuala Lumpur berhubung 'Projek IC' seperti yang didakwa oleh saksi sebelum ini, Hassnar Ebrahim.
Saksi itu menjelaskan dakwaan itu tidak betul kerana pada 1985 beliau telah keluar dari Parti Berjaya dan turut menyangkal bahawa beliau telah merancang kertas kerja berhubung pengundi baharu di negeri itu.
Ketika ditanya bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, yang mempengerusikan panel lima anggota suruhanjaya itu, Yahya memberitahu dakwaan terhadapnya mengenai 'Projek IC' berlaku selepas RCI ditubuhkan.
Beliau juga memberitahu bahawa beliau tidak mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat dakwaan serius terhadapnya tetapi menyarankan supaya pihak yang membuat dakwaan itu menyaman kerajaan bagi membuktikan perkara di mahkamah.
Pada ketika itu, Shim berkata, ini adalah isu politik dan ia perlu diselesaikan di luar mahkamah sambil menegaskan tindakan saman terhadap kerajaan bukan pilihan berdaya maju.
Ketika ditanya Azmi, saksi itu juga berkata kebanjiran pendatang asing di Sabah tidak menjejaskan struktur politik di negeri itu.
Saksi ke-204, Nasir Abdullah dari Pulau Jolo, Filipina pula memberitahu suruhanjaya bahawa dia memulangkan semula kad pengenalan biru yang diperolehinya pada 1993 kepada Jabatan Pendaftaran di Sandakan selepas
diberitahu kad itu tidak melalui proses undang-undang yang betul.
Beliau yang tinggal di Sabah lebih 30 tahun berkata, selama memegang kad pengenalan itu beliau telah mengundi sebanyak tiga kali.
Nasir, yang menetap di Skim Penempatan Kampung Bahagia, Sandakan, sejak 1984 berkata, dia memperolehi kad pengenalan itu di kawasan penempatan itu melalui seorang kawannya.
"Saya beri dua keping gambar, saya cap jari dan kemudian serahkan dokumen saya itu kepada kawan saya itu dan selepas sebulan dia membawa IC kepada saya," kata saksi itu ketika menceritakan bagaimana dia memperolehi kad pengenalan itu.
Mulhussin Usman, dari Filipina. yang tinggal di negara ini hampir 30 tahun, berkata, semasa dia bekerja di kilang di Lahad Datu, majikannya telah membawanya ke kompleks polis di situ dan kemudiannya dia diberikan kad
operasi bersih atau dikenali sebagai 'kad polis'.
Menceritakan keistimewaan kad polis yang bertulis "untuk kegunaan polis", saksi ke-205 berkata, sekiranya dia ditahan polis dia akan dibebaskan dan berkata, dia tidak pernah menggunakan kad itu di hospital atau urusan di
pejabat kerajaan.
Saksi itu berkata, anak-anaknya yang lahir di sini juga tidak mempunyai sijil lahir dan tidak bersekolah.
Sarif Tatah Indah Aplasin pula memberitahu suruhanjaya bahawa dia ada memegang kad yang dipanggil 'X4' yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran di Sandakan dan ketika ditanya mengapa kad itu dipanggil 'X4', dia menjawab "tidak tahu".
Ditanya bagaimana dia memperolehi kad itu, saksi itu berkata, JPN membuat bancian di penempatannya di Kampung Bahagia dan seterusnya dia pergi memohon di JPN Sandakan bagi mendapatkan kad 'X4' itu.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rehwell Marung @ Rowell dalam keterangannya berkata, beliau tidak tahu apakah tujuan kad polis dikeluarkan kepada pendatang asing di negeri itu dan juga kegunaannya.
Saksi ke-207, yang pernah bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka berkata, beliau juga tidak tahu mengenai pengeluaran kad polis itu kepada warga Filipina yang tinggal di kawasan Lahad Datu dan Sandakan.
Perbicaraan bersambung esok. - Bernama

Dimasukkan oleh : Idrawaty Binti Mohamad Najib BA12110118
TEKMAK
Warga Asing Beli Kad Pengenalan Palsu Diberi Peluang Mengundi - Ayuh Desak Bubar SPR Sebelum Parlimen Dibubar
Bagaimana seorang warga asing yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu didapati layak untuk mengundi? Kad Penganalan yang dikenalpasti tidak sah, tetapi sah untuk mengundi mengikut bancian senarai pengundi SPR? Bagaimana ini berlaku?
Edy Noor Reduan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sekali lagi mendesak keras supaya SPR dibubarkan terlebih dahulu sebelum pilihanraya. SAMM sebelum ini telah membuat pendedahan kerjasama SPR dan JPN untuk menutup kerja kotor penipuan pilihanraya, hari ini mendedahkan kes terbaru yang menunjukkan warga asing diberi kelayakkan mengundi - satu pengkhianatan besar terhadap kedaulatan negara.
Merujuk kepada laporan Akhbar Daily Express bertarikh 29 September 2012, seorang warga asing bernama Hassannuddin Bin Manna memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli Mykad palsu dengan harga RM1000. Mahkamah juga telah memutuskan Hassannuddin didenda dan dipenjara kerana memiliki dokumen palsu, sekaligus mengesahkan Kad Pengenalan yang diperolehi Hassannuddin adalah palsu.
Namun setelah disemak nombor kad pengenalan milik Hassannuddin (741029125463), SAMM mendapati nombor Kad Pengenalan palsu tersebut wujud dalam pangkalan data SPR dan juga merupakan pengundi yang sah.
Persoalannya, bagaimana seorang warga asing yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu didapati layak untuk mengundi? Kad Penganalan yang dikenalpasti tidak sah, tetapi sah untuk mengundi mengikut bancian senarai pengundi SPR? Bagaimana ini berlaku?
Kad pengenalan ini juga didapati mempunyai rekod di JPN dengan status 'telah diambil'. Ini bermakna Kad Pengenalan palsu ini telah diluluskan di JPN. Siapa pegawai yang meluluskannya? Siapakah kerani kaunter yang melepaskan kad pengenalan palsu ini untuk diambil?
Apakah ini satu lagi kerjasama utuh di antara Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga melibatkan bantuan dari Jabatan Imigresen? Inikah hasil daripada program 6P yang cuba dilaksanakan secara terburu-buru oleh Jabatan Imigresen?
Isu pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan kerana birokrasi melampau. Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini.
Keadaan menjadi lebih parah apabila warga asing diberikan pula hak untuk mengundi oleh SPR. Apakah demokrasi negara ini dibiarkan terjual kepada warga asing demi menyelamatkan Barisan Nasional daripada kehilangan kuasa?
Lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah, mereka mampu berniaga di pasar pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel malah ada yang mempunyai syarikat pembinaan sendiri. Bayangkan jika warga asing diberikan kad pengenalan secara sewenang-wenangnya demi mempertahan regim pemerintah sedangkan ia sebenarnya satu skim menjual negara.
Barisan Nasional sudah semakin lemah dan tidak mampu untuk menang dalam pilihanraya yang juga beberapa kali ditangguh. Barisan Nasional kini ditolak oleh rakyat negara ini, maka idea memberikan kewarganegaraan segera kepada warga asing merupakan satu jalan singkat yang mengundang padah kepada seluruh rakyat negara ini. Banyak pendedahan telah dibuat dan pendedahan terbaru ini menjadi bukti kewujudan pemberian 'kewarganegaraan segera' sedang berleluasa.
SAMM sebagai peneraju anak muda bingkas sekali lagi menyeru kepada seluruh rakyat agar tidak berdiam diri ketika negara sedang dijual sehabisnya. Semua persoalan ini bukan sahaja wajib dijawab malah SPR yang gagal membersihkan senarai pengundi wajib dibubarkan segera sebelum parlimen dibubar.
SAMM memanggil semua NGO dan individu yang cintakan demokrasi, cintakan negara ini harus menyertai gerakan membubarkan SPR dengan segala bentuk tekanan walaupun dengan melakukan satu lagi protes terbesar menuntut pilihanraya bersih dan adil - BERSIH 5.0. Selagi pilihanraya tidak bersih, selagi itulah wajarnya protes ini dengan pelbagai pendedahan yang tidak disangkal sebagai bukti.
"Perubahan itu harus didesak bukan ditunggu"
Sindiket palsu MyKad tumpas
MIRI 18 Nov. - Polis menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen selepas menahan 23 warga Filipina dan Indonesia, termasuk sepasang suami isteri dalam serbuan di sebuah rumah di Desa Pujut 2, Bandar Baru Permyjaya, Tudan di sini Sabtu lalu.
Sindiket itu didalangi seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang bertugas di Putrajaya dipercayai menjalankan aktiviti penjualan dokumen-dokumen palsu termasuk MyKad kepada pendatang asing yang memasuki negara tanpa izin.
Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, bertindak atas maklumat orang awam sepasukan polis dari Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dan Jabatan Siasatan Jenayah Balai Polis Pusat Miri menyerbu rumah itu kira-kira pukul 9 malam.
"Dalam serbuan itu polis menahan dua lelaki Bajau di bawah peraturan-Peraturan 2591) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana memiliki kad pengenalan palsu dan mereka berdua akan direman dua hari.
"Selain itu 10 individu iaitu tujuh lelaki dan tiga wanita warga Filipina yang ditahan akan direman 14 hari mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan pengesahan dokumen perjalanan daripada Jabatan Imigresen kerana tidak memiliki dokumen yang sah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut Muhammad Sabtu berkata, anggota polis turut menahan 11 individu iaitu lapan lelaki dan tiga perempuan termasuk sepasang suami isteri berusia 43 dan 44 tahun itu yang juga pemilik rumah tersebut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Katanya, siasatan awal mendapati suami isteri berketurunan Kayan dan Bajau menjadi orang tengah kepada dalang utama sindiket itu iaitu kakitangan JPN berusia 57 tahun.
"Walau bagaimanapun polis telah membebaskan 11 individu ini kerana kesemua mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
"Selain penahanan kesemua suspek, beberapa peralatan memproses kad pengenalan palsu turut dirampas termasuk 10 jenis cop jabatan kerajaan Sabah, komputer riba, mesin cetak, 30 salinan sijil lahir, borang dan gambar pemohon," katanya.
Sementara itu Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, Datuk Abu Bakar Mat berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan ke atas kakitangan yang ditahan polis akibat tuduhan melakukan aktiviti menjual kad pengenalan palsu kepada pendatang asing dari Filipina dan Indonesia, Sabtu lalu.
Katanya, mengikut pemeriksaan tersebut kakitangan yang ditahan itu didapati bukan di bawah jabatan negeri ini.
"Kita telah melakukan pemeriksaan terhadap nama kakitangan berkenaan dan mendapati dia bukan kakitangan JPN Sarawak.
"Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana kes ini dalam siasatan pihak polis," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131119/je_04/Sindiket-palsu-MyKad-tumpas#ixzz2l3iSPiZH
© Utusan Melayu (M) Bhd
Dimasukkan Oleh :NATRAH FATINIE JEHUING - BA12110271-
Langgan:
Catatan (Atom)