Nafi kerajaan negeri, Pusat terbabit Projek IC
KOTA KINABALU - Bekas setiausaha sulit kepada bekas Ketua Menteri Sabah memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah hari ini bahawa kerajaan Pusat dan kerajaan negeri itu tidak terbabit dalam 'Projek IC'.
Datuk Yahya Lampong, setiausaha sulit kepada Tan Sri Harris Salleh dari tahun 1978 hingga 1979 berkata, sebaliknya terdapat individu yang mengambil kesempatan dalam projek itu bagi meraih keuntungan.
"Ya semua orang tahu bahawa ada orang mengambil kesempatan untuk memperniagakan kad pengenalan ini kepada pendatang asing," kata saksi ke-203 itu ketika menjawab soalan pegawai pengendali Datuk Azmi Arifin.
Yahya, yang juga bekas timbalan menteri Persekutuan, dalam keterangannya turut menafikan penglibatannya dalam 'Projek IC' dan memperolehi keuntungan daripada projek itu.
Katanya, sepanjang perkhidmatannya dengan kerajaan negeri itu beliau tidak tahu mengenai 'Projek IC' itu tetapi hanya mengetahuinya selepas digembar-gembur dalam akhbar dan juga selepas penubuhan RCI tahun lepas.
Yahya juga menafikan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri pada ketika itu Tan Sri Megat Junid Megat Ayub terbabit dalam 'Projek IC' kepada pendatang asing.
"Saya tidak percaya Megat Junid terlibat dalam 'Projek IC'. Dia seorang yang "gentleman". Itu dakwaan sahaja. Kenapa bila orang sudah meninggal baru cakap?. Dakwaan itu tidak mempunyai asas," katanya.
Yahya juga menafikan beliau ada berjumpa Megat Junid sekitar 1986 di Kuala Lumpur berhubung 'Projek IC' seperti yang didakwa oleh saksi sebelum ini, Hassnar Ebrahim.
Saksi itu menjelaskan dakwaan itu tidak betul kerana pada 1985 beliau telah keluar dari Parti Berjaya dan turut menyangkal bahawa beliau telah merancang kertas kerja berhubung pengundi baharu di negeri itu.
Ketika ditanya bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, yang mempengerusikan panel lima anggota suruhanjaya itu, Yahya memberitahu dakwaan terhadapnya mengenai 'Projek IC' berlaku selepas RCI ditubuhkan.
Beliau juga memberitahu bahawa beliau tidak mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat dakwaan serius terhadapnya tetapi menyarankan supaya pihak yang membuat dakwaan itu menyaman kerajaan bagi membuktikan perkara di mahkamah.
Pada ketika itu, Shim berkata, ini adalah isu politik dan ia perlu diselesaikan di luar mahkamah sambil menegaskan tindakan saman terhadap kerajaan bukan pilihan berdaya maju.
Ketika ditanya Azmi, saksi itu juga berkata kebanjiran pendatang asing di Sabah tidak menjejaskan struktur politik di negeri itu.
Saksi ke-204, Nasir Abdullah dari Pulau Jolo, Filipina pula memberitahu suruhanjaya bahawa dia memulangkan semula kad pengenalan biru yang diperolehinya pada 1993 kepada Jabatan Pendaftaran di Sandakan selepas
diberitahu kad itu tidak melalui proses undang-undang yang betul.
Beliau yang tinggal di Sabah lebih 30 tahun berkata, selama memegang kad pengenalan itu beliau telah mengundi sebanyak tiga kali.
Nasir, yang menetap di Skim Penempatan Kampung Bahagia, Sandakan, sejak 1984 berkata, dia memperolehi kad pengenalan itu di kawasan penempatan itu melalui seorang kawannya.
"Saya beri dua keping gambar, saya cap jari dan kemudian serahkan dokumen saya itu kepada kawan saya itu dan selepas sebulan dia membawa IC kepada saya," kata saksi itu ketika menceritakan bagaimana dia memperolehi kad pengenalan itu.
Mulhussin Usman, dari Filipina. yang tinggal di negara ini hampir 30 tahun, berkata, semasa dia bekerja di kilang di Lahad Datu, majikannya telah membawanya ke kompleks polis di situ dan kemudiannya dia diberikan kad
operasi bersih atau dikenali sebagai 'kad polis'.
Menceritakan keistimewaan kad polis yang bertulis "untuk kegunaan polis", saksi ke-205 berkata, sekiranya dia ditahan polis dia akan dibebaskan dan berkata, dia tidak pernah menggunakan kad itu di hospital atau urusan di
pejabat kerajaan.
Saksi itu berkata, anak-anaknya yang lahir di sini juga tidak mempunyai sijil lahir dan tidak bersekolah.
Sarif Tatah Indah Aplasin pula memberitahu suruhanjaya bahawa dia ada memegang kad yang dipanggil 'X4' yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran di Sandakan dan ketika ditanya mengapa kad itu dipanggil 'X4', dia menjawab "tidak tahu".
Ditanya bagaimana dia memperolehi kad itu, saksi itu berkata, JPN membuat bancian di penempatannya di Kampung Bahagia dan seterusnya dia pergi memohon di JPN Sandakan bagi mendapatkan kad 'X4' itu.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rehwell Marung @ Rowell dalam keterangannya berkata, beliau tidak tahu apakah tujuan kad polis dikeluarkan kepada pendatang asing di negeri itu dan juga kegunaannya.
Saksi ke-207, yang pernah bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka berkata, beliau juga tidak tahu mengenai pengeluaran kad polis itu kepada warga Filipina yang tinggal di kawasan Lahad Datu dan Sandakan.
Perbicaraan bersambung esok. - Bernama

Dimasukkan oleh : Idrawaty Binti Mohamad Najib BA12110118
Tiada ulasan:
Catat Ulasan