Polis tahan 13 warga Filipina guna MyKad palsu dalam serbuan di Miri
MIRI: Polis menahan 13 warga Filipina, termasuk enam wanita selepas memasuki negara ini secara haram menggunakan MyKad palsu dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Pujut 2, di sini kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, turut ditahan sepasang suami isteri, selain seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari Semenanjung dipercayai anggota sindiket pemalsuan MyKad.
Difahamkan, kegiatan itu sudah berlanjutan sejak beberapa bulan lalu dengan menjadikan rumah sewa itu sebagai transit atau tempat persembunyian warga asing berkenaan sementara menunggu semua urusan membuat kad pengenalan palsu selesai.
Sumber memberitahu BH, hasil siasatan mendapati kesemua warga asing berusia 30-an dan 40-an itu 30 tahun dipercayai masuk ke bandar raya ini sejak beberapa hari lalu melalui Sabah.
Katanya, selain menahan suspek, beberapa peralatan membuat kad pengenalan palsu turut dirampas antaranya termasuklah pelbagai jenis cop jabatan kerajaan, ketua kampung dan sekolah serta komputer.
“Hasil pemeriksaan turut menemui sebanyak 38 keping salinan sijil lahir berserta borang dan gambar pemohon, manakala 69 keping sijil kelahiran yang sudah diperakui JPN, resit serta wang tunai lebih RM3,000 dirampas.
“Siasatan awal mendapati tiga individu yang juga warga tempatan berusia 43 hingga 57 tahun itu mengenakan kadar bayaran sehingga RM500 untuk setiap permohonan membuat kad pengenalan palsu termasuk sijil kelahiran,” katanya.
Katanya, berdasarkan keterangan yang direkodkan, kesemua warga asing terbabit memperoleh MyKad palsu berkenaan sejurus memasuki negara, malah turut mengakui mudah mendapatkannya dengan bantuan sindiket.
"Usaha sedang dijalankan bagi memburu saki baki anggota sindiket. Polis tidak menolak kemungkinan ada ramai pegawai dan anggota JPN terbabit dalam kegiatan itu.
"Selain Filipina, sindiket terbabit turut mensasarkan warga Indonesia yang cuba memasuki negeri ini secara haram untuk mendapatkan pekerjaan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu dan siasatan masih dijalankan.
Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, turut ditahan sepasang suami isteri, selain seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari Semenanjung dipercayai anggota sindiket pemalsuan MyKad.
Sumber memberitahu BH, hasil siasatan mendapati kesemua warga asing berusia 30-an dan 40-an itu 30 tahun dipercayai masuk ke bandar raya ini sejak beberapa hari lalu melalui Sabah.
Katanya, selain menahan suspek, beberapa peralatan membuat kad pengenalan palsu turut dirampas antaranya termasuklah pelbagai jenis cop jabatan kerajaan, ketua kampung dan sekolah serta komputer.
“Hasil pemeriksaan turut menemui sebanyak 38 keping salinan sijil lahir berserta borang dan gambar pemohon, manakala 69 keping sijil kelahiran yang sudah diperakui JPN, resit serta wang tunai lebih RM3,000 dirampas.
“Siasatan awal mendapati tiga individu yang juga warga tempatan berusia 43 hingga 57 tahun itu mengenakan kadar bayaran sehingga RM500 untuk setiap permohonan membuat kad pengenalan palsu termasuk sijil kelahiran,” katanya.
Katanya, berdasarkan keterangan yang direkodkan, kesemua warga asing terbabit memperoleh MyKad palsu berkenaan sejurus memasuki negara, malah turut mengakui mudah mendapatkannya dengan bantuan sindiket.
"Usaha sedang dijalankan bagi memburu saki baki anggota sindiket. Polis tidak menolak kemungkinan ada ramai pegawai dan anggota JPN terbabit dalam kegiatan itu.
"Selain Filipina, sindiket terbabit turut mensasarkan warga Indonesia yang cuba memasuki negeri ini secara haram untuk mendapatkan pekerjaan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu dan siasatan masih dijalankan.
dimasukkan oleh SITI NURSYAZWANI BT ZAINAL ABIDIN
BA 12110477
Tiada ulasan:
Catat Ulasan